Saturday, July 19, 2008

Kegemaran saya

Blog yang terakhir ini adalah hobi terakhir saya.Saya suka membaca tentang sejarah singapura.Saya suka membaca sejarah singapura kerana saya ingin tahu bagaimana keadaan sewaktu peperangan dunia pertama dan kedua.Saya suka membaca sejarah singapura kerana saya bangga dengan orang-orang yangtelah berjasa kepada negara dan sanggup mati hanya untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara.Saya tidak suka dengan cara jepun memperlakukan singapura dengan kejam.Saya juga bangga kerana pada zaman dahulu bahasa melayu adalah bahasa pertama di singapura.Sekarang saya berasa tenang kerana negara kesayangan ini telah lama berdikari dan aman.Saya bangga dilahirkan di negara ini!

Kegemaran saya

Saya mempunyai lagi satu kegemaran.Kegemaran saya ialah membaca majalah-majalah hiburan.Saya suka membaca majalah hiburan kerana di dalam hiburan mempunyai berbagai informasi tentang artis-artis tanah air.Saya suka membaca majalah hiburan kerana saya suka membaca tentang artis dan berbagai lagi.Saya juga suka membaca majalah-majalah fesyen.Saya suka membaca majalah fesyen kerana di dalam majalah itu mempunyai berbagai fesyen baju yang cantik.

Kegemaran saya

Saya mempunyai kegemaran lagi satu.Kegemaran saya ialah bermaian komputer.Saya suka bermain komputer kerana saya boleh melungsuri internet dan boleh melihat gambar.Saya suka bermain komputer di internet kafe kerana di rumah saya,saya ada komputer tetapi komputer saya rosak.Saya juga suka membuat projek sekolah di internet kafe ini.

Kegemaran saya

Saya juga mempunyai lagi satu kegemaran.Kegemaran saya ialah mendengar lagu-lagu melayu.Saya suka mendengar lagu-lagu melayu kerana dalam lagu-lagu melayu mempunyai berbagai frasa berbunga yang boleh saya gunakan dalam karangan saya.Lagu-lagu melayu juga mempunyai lirik-lirik yang enak di dengar.Jika seseorang penyanyi itu mempunyai suara yang lunak,semua peminat-peminat mereka pasti suka mendengar lagu-lagu mereka.Saya suka mendengar lagu-lagu rancak,balada dan berbagai lagi.Lagu-lagu melayu boleh juga memperbetulkan lagi bahasa melayu saya supaya saya boleh mendapatkan markah yang lebih tinggi daripada markah bahasa melayu saya sekarang.

Wednesday, July 16, 2008

Kegemaran saya

Kegemaran saya yang lain ialah menonton televisyen.Saya juga suka menonton drama melayu,filem melayu dan berbagai lagi.Saya suka menonton filem aksi melayu seperti"Evolusi KL Drift" dan berbagai lagi.Saya suka menonton televisyen kerana dalam filem-filem ini ada frasa berbunga dan ada kalanya jika kita menonton filem dan drama,kita boleh memperbetulkan bahasa ibunda kita.

Kegemaran saya

Saya juga mempunyai kegemaran yang lain.Kegemaran saya ialah menulis karangan.Walaupun saya sering menulis karangan di kelas dan bukan di rumah saya,saya masih gemar menulis karangan.Karangan-karangan yang sering saya tulis ialah karangan hantu,sedih,tentang persahabatan yang setia dan berbagai lagi.

Tuesday, July 15, 2008

Kegemaran saya

Kegemaran saya yang lain ialah membaca novel pada masa lapang.Saya gemar membaca novel bahasa melayu.Saya gemar membaca novel melayu kerana saya akan dapat frasa berbunga yang boleh saya gunakan untuk karangan saya supaya karangan saya akan lebih menarik.Saya juga menggunakan frasa berbunga untuk menyatakan perasaan di dalam karakter yang ada di dalam karangan saya.Membaca juga boleh menjadikan seseorang yang kurang fasih berbahasa ibundanya.